Home » , » 5 Langkah Perancangan Strategi Pemasaran

5 Langkah Perancangan Strategi Pemasaran

Written By Unknown on Friday, October 31, 2014 | 7:17 PM

5 langkah Perancangan Strategi Pemasaran
http://thumbnails-visually.netdna-ssl.com

  1. Mulakan Dengan Strategi Bukan Teknik

    Untuk memulakan perancangan strategi anda perlulah mengenali pelanggan anda dan apa yang boleh mendorong mereka. Selepas anda mengenali mereka anda perlu mencipta mesej yang kemudiannya membolehkan anda menyusun teknik yang sesuai untuk menggalakkan keterkaitan anda bersama pelanggan.
  2. Jangan Terlepas Pandang Peluang Dari Dalam

    Selepas anda berjaya mencipta perancangan strategi yang cukup kuat sekarang tibalah masanya untuk anda mensalurkan perancangan anda itu kepada orang dalam. Contoh orang dalam adalah team selling dan team customer service. Dan anggaplah orang dalam ini murid anda yang anda perlu untuk mengisi seberapa banyak informasi kepada mereka untuk memahami perancangan anda itu.
  3. Jadi Opportunistik 

    Iaitu orang yang selalu mencari dan melihat peluang yang ada didepan mata. Selagi anda mempunyai perancangan yang strategik anda mampu mengenal pasti peluang yang baik untuk perniagaan anda. Anda mesti menjadikan perancangan anda itu sebagai track anda supaya anda dapat bersiap sedia dan memahami erti dalam perancangan atau sekadar buat-buat merancang.
  4. Membuat Pelaburan Yang Betul 

    Dengan perancangan strategi yang kuat, anda dapat mengenal pasti dimana anda mahu melabur, bahan mentah mana yang mampu membentuk produk anda.
  5. Jadikan Semuanya Boleh Diusahakan

    Pastikan perancang anda itu bukan memaksa pelanggan anda untuk membeli produk anda. Sekiranya anda berbuat demikian maka, perancangan anda boleh gagal dengan teruk. Jadi bagaimana caranya untuk menggunakan perancangan anda untuk menarik pelanggan? Senang, dengan informasi yang anda dapat semasa peringkat mencipta mesej untuk pelanggan, anda perlulah menyerapkan "nilai" kepada produk anda. Anda perlu mendidik pelanggan anda dengan informasi supaya mereka 1 hari nanti sendiri akan merasakan produk anda ada nilai yang mereka mahukan.

    Selepas itu mereka sendiri akan mencari anda, disitu akan terbentuknya perhubungan antara anda dan pelanggan.

    Barulah anda boleh meningkatkan sales.


Pemasaran bukanlah menjual produk, tetapi mendidik pelanggan untuk memilih produk anda.

1 comments:

Print

Powered by Blogger.