- KONSEP PEMASARAN
- PROSES PEMASARAN
- DIFFERENSIASI
- PROMOSI
- STRATEGI MENYERANG
- BINA PERTAHANAN
- KOMUNIKASI
- PEMASARAN INTERNET
KONSEP PEMASARAN
Konsep pemasaran terdiri daripada 4P dan 3P ini selalu digunakan oleh semua syarikat yang mahu bertindak untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Sekiranya kedua-dua konsep ini dapat dijalankan dan dicukupkan anda pasti dapat melihat kesan terhadap usaha anda. Sekiranya usaha pemasaran anda gagal, hal ini bermaksud mungkin anda telah tertinggal beberapa bahagian konsep yang tidak dipenuhi.
KONSEP 4P : 1 PRODUK
Penghasilan produk amat penting, tanpa produk tiadalah objektif perniagaan dan tiadalah keperluan atau kehendak mampu dipenuhi dan tiada produk bermaksud tiada wang. Perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan produk adalah apa faedahnya produk itu kepada pengguna?
Produk pula terdiri daripada 2 proses pembangunan iaitu produk sebenar dan perkhidmatan produk.
Untuk produk sebenar atau produk berbentuk fisikal ia memerlukan usaha pembangunan produk itu sendiri bermula dari Penjenamaan, reka bentuk, kualiti & fungsi serta pembungkusan yang mampu menarik minat pengguna untuk mengenali dan menggunakan produk anda.
Untuk perkhidmatan produk pula anda perlu menambahkan jaminan yang mampu anda beri kepada pelanggan, perkhidmatan lanjutan sebagai kesinambungan dan komunikasi anda kepada pelanggan agar terus menggunakan perkhidmatan anda, seterusnya anda perlu menjalankan proses penghantaran. Perkara ini penting untuk memikat hati pelanggan untuk terus menerus menjalinkan hubungan perniagaan dengan anda.
KONSEP 4P : 2. PROMOSI
Promosi adalah komunikasi antara penjual dengan pembeli dengan perantaraan media offline mahupun online.
Hari ini promosi lebih mudah dan murah berbanding sebelum kedatangan internet dimana promosi perlu dijalankan secara offline dengan kos yang amat besar iaitu printing.
Bermacam cara untuk promosikan perniagaan sekarang.
- Facebook pages
- Google+
- Blogger
- Website
Untuk offline
- Sebar flyers, poster
- exhibition
- event
KONSEP 4P : 3. PENETAPAN HARGA PRICING
Dalam proses penetapan harga atau pricing kita tidak boleh mengambil tindakan sambil lewa kerana penetapan harga memberi impak kepada produk. Terlalu mahal orang takkan mampu beli, terlalu murah pula memberi kesan kepada jenama dan pesaing.
Sebagai seorang peniaga kita perlu bersaing secara sihat dengan peniaga yang lain.
Penentuan harga perlu selari dengan tahap kualiti dan nilai tambahan kepada satu-satu produk.
Anda perlu mengelakkan diskriminasi harga iaitu ketidakadilan terhadapa sebahagian pelanggan dan berlakunya penipuan dalam menentukan harga.
KONSEP 4P : 4. PLACING / PELETAKKAN
Pihak syarikat perlu memilih lokasi yang memberi keselesaan kepada pengguna untuk mencapai produk anda. Contohnya sekiranya anda menjual baju, takkan anda meletakkannya di tempat bawang. Ini akan memberi impak emosi dan kegagalan jenama.
Pilih lokasi yang sesuai dengan produk anda.
KONSEP 3P
KONSEP 3P : 1. PROSES
Proses merupakan faktor penting bagi perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti contoh kedai gunting rambut, penghantaran surat dan sebagainya.
Perkhidmatan berbeza dengan produk, perkhidmatan boleh dilihat dan dirasa sebelum dibeli. Ia bergantung kepada siapa, bila , dimana dan bagaimana cara perniagaan itu dijalankan.
Perkhidmatan melibatkan masa dan tidak sesekali boleh disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
KONSEP 3P : 2. PEKERJA
Dalam perniagaan perkhidmatan, kepuasan dan kesetiaan pelanggan bergantung sepenuhnya kepada pekerja yang berhadapan secara langsung dengan pelanggan.
Pekerja mesti jujur amanah dan menunjukkan imej yang baik kepada pelanggan. Ini mampu menggalakkan hubungan lanjutan akan berlaku seterusnya mampu memberi keuntungan kepada peniaga.
Hubungan baik pekerja dengan pelanggan amat penting dalam perkhidmatan.
KONSEP 3P : 3. PUBLIC TESTIMONI
Public atau orang awam, merupakan kelompok orang yang mempunyai potensi sebagai pelanggan yang akan mempengaruhi imej jenama di mata masyarakat. Ini kerana merekalah yang memberi respond kepada perkhidmatan yang anda bekalkan.
Testimoni awam akan menunjukkan imej produk dan organisasi di mata masyarakat.
PENGURUSAN PEMASARAN
1. ANALISIS PEMASARAN
- MENGENALI
- KEKUATAN,
- KELEMAHAN &
- PELUANG
4 Skop penting dalam menganalisis pemasaran supaya anda tidak tersesat jauh dari apa perniagaan yang anda usahkan.
2. PELAN PEMASARAN
Pelan pemasaran melibatkan kerja perancangan strategik melibatkan tindakan-tindakan yang akan dilakukan sepanjang meningkatkan pemasaran produk atau perkhidmatan.
3. PELAKSANAAN PEMASARAN
Selepas pelan pemasaran dibuat, maka langkah seterusnya adalah mengaplikasikan pelan tersebut, kita akan melihat bagaimana pelan bergerak. Akan berlaku tranformasi rancangan sepanjang proses pelaksanaan ini.
4. KAWALAN PEMASARAN
Selepas anda menjalan 3 proses sebelum ini, sudah pasti anda sudah berada dalam pasaran dan sudah tentu anda mulai berhubung dengan pelanggan. Pastinya pengeluaran produk dan perkhidmatan perlu di kawal agar tidak lari dari pelan yang disediakan.
Proses ini perlu dilakukan untuk menilai dan membetulkan pelaksanaan selaras dengan objektif perniagaan.
PROSES PEMASARAN
Proses pemasaran terdiri dari 3 perkara utama iaitu
- Segmentasi Pemasaran
- Target Pemasaran
- Positioning Pemasaran
SEGMENTASI PEMASARAN
Pembagai pasaran berdasarkan kumpulan kosumer yang mempunyai kemahuan, karakter dan sikap tersendiri bagi mengeluarkan produk atau perkhidmatan berdasarkan pasaran itu.
Pasaran itu dapat dilihat pada kemahuan pelanggan.
PERTIMBANGAN DENGAN SEGMENTASI
GEOGRAFI
WILAYAH (REGION) SEPERTI BARAT/TIMUR KELUASAN 9KOTA DAN ATAU PERKAMPUNGAN) MUSIM.
SIKAP (BEHAVIOR)
FAEDAH YANG DIRASAI KESETIAAN KEPADA JENAMA KEUNTUNGAN JUALAN PRODUK-SEDIA-GUNA.
DEMOGRAFI
- UMUR
- JANTINA
- BILANGAN AHLI KELUARGA
- PELAJARAN
- PENDAPATAN TAHUNAN/BULANAN
- AGAMA
- BAHASA HARIAN
- KEWARGANEGARAAN
- TARAF HIDUP
PSIKOGRAFI
- PERSONALITI
- CARA HIDUP
- NILAI
- SIKAP
TEKNOGRAFI
- MOTIVASI
- SIKAP KEPADA TEKNOLOGI
- PATTERN PRODUCT
DO & DON'T DALAM SEGMENTASI
TARGET PEMASARAN
Sasaran dan proses pemilihan golongan sasar bertujuan menyesuaikan pelanggan dengan pasaran berdasarkan matlamat syarikat dan sumber yang terhad.
Pemilihan sasaran lebih menjimatkan masa dan mempunyai potensi besar untuk menjana pelanggan yang berpotensi.
POSITIONING PEMASARAN
Contohnya penggunaan artis popular untuk menjadi icon barangan anda.
KENAPA PERLU KEPADA POSITIONING?
Kerana consumer hanya membeli produk apabila mereka membeli bila timbulnya sifat percaya dalam hati pelanggan untuk memilih produk anda lagi.
SEGMENTASI PEMASARAN : DIFFERENSIASI
SEGMENTASI PEMASARAN : PROMOSI
Promosi mempunyai satu sinergi yang kuat bagi meningkatkan jualan melalui penjenamaan yang konsisten.
Perlu berhati-hati melakukan promosi kerana promosi yang salah memberi padah kepada prestasi sesebuah produk.
PROMOSI : STRATEGI GERILLA
Strategi gerilla mempunyai 5 prosedur yang selalu dilakukan oleh pemasar
- Tentukan objektif
- Rancang tektik dan bentuk pasukan pemasaran.
- Kumpul dan proses maklumat
- Bertindak tepat pada masa dan tempat yang betul
- Ulangi secara berkala untuk mencipta kesedaran pengguna.
PROMOSI : STRATEGI MODELLING
Strategi modelling pula adalah dengan mengadakan penglibatan sesorang individu atau kumpulan yang mampu menjadi daya tarikan terhadap pemasaran.
- Pemilihan model perlulah berpotensi dan reputasi tinggi.
- Ambil kriteria yang selari dengan produk
- Rancang aktiviti pemasaran
- Rundingan antara kedua-dua belah pihak
- Persetujuan atas kedua-dua pihak melalui proses kontrak bertulis.
PROMOSI : STRATEGI BUKIT QUBAIS
- Proses pemilihan acara dan lokasi (Flow Crowd Rules).
- Persediaan kewangan tenaga kerja dan material pameran.
- Polisi 'mesra pelanggan & Produk cakna'.
- Lebarkan jaringan bisnes kita.
- Lakukan evalusi dan proses kawalan.
PROMOSI : STRATEGI SYAIR
- Pilih golongan sasar tertentu.
- Kumpulkan makluma produk
- gariskan matlamat untuk dicapai
- ambil kira kos yang telah ditetapkan
- Tentukan media yang effektif dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
STRATEGI MENYERANG (OFFENSIVE)
Sebelum mengetahui teknik strategi menyerang Usahawan perlu mengkaji kedudukan dan kestabilan bisnesnya dalam pasaran yang mereka ceburi.
Terdapat 2 kategori kedudukan pemasar, pengikut pasaran dan ketua pasaran.
Pengikut pasaran kebiasaannya terdiri dari peniagaan yang baru bermula, mempunyai teknologi yang minima aset dan sumber yang terhad.
Manakala yang Mengetuai pasaran pula selain itu mereka mempunyai kebolehan menjadi penentu harga, memiliki teknologi yang besar, sudah terkenal dalam kalangan pelanggan serta mempunyai aset dan sumber yang besar.
USAHAWAN PERLU BIJAK MEMILIH STRATEGI BISNES
BERDASARKAN SITUASI BISNES DAN PASARAN SEMASA
Perkara yang perlu dilakukan pemasar adalah seperti berikut:-
- Membuat persiapan terutama daripada segi sumber tenaga, kewangan dan material bagi menghadapi pesaing yang lain.
- Kenali pesaing, anda boleh melakukan teknik samaran untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan pesaing, melakukan tugas kaji selidik dan sebagainya
- Sebaran Amaran, strategi ini dilakukan apabila anda begitu pasti bahawa pesaing anda menyalahi undang-undang. Dengan cara ini tawaran bagi menguasai aset pesaing atau melabur didalamnya.
- Ambil tindakan tegas, strategi ini adalah tindakan untuk mengeluarkan pesaing daripada pasaran melalui proses undang-undang, promosi besar-besaran ataupun penawaran harga runtuh.
STRATEGI BINA PERTAHANAN (DEFENSIVE)
Terdapat 2 perkara dalam strategi bina pertahanan.
- Strategi dengan melakukan kajian kepada aktiviti, kualiti produk dan perancangan pesaing bagi memperkukuhkan pelan pemasaran anda dan membangunkan produk sama dengan atau lebih berkualiti daripada pesaing kita.
- Cara yang kedua adalah melalui promosi perbandingan yang dilakukan secara jelas dan besar-besaran bagi menarik pelanggan baru dan pengguna barangan produk keluaran pesaing.
Perkara ini pernah dilakukan oleh P1 Wimax, dengan kempennya "potong" kempen ini telah berjaya menyebabkan ramai orang menamatkan perkhidmatan telekom/wifi/streamyx kerana Wimax mempengaruhi minda pelanggan kini wifi boleh dibawa kemana-mana.
PEMASARAN INTERNET
Ini sudah menjadi kebiasaan abad ini, sekiranya anda tidak tahu apa itu pemasaran internet, agak pelik. Dengan pelbagai cara dari E-commerce sehinggalah ke media sosial menyediakan pelbagai peluang pemasaran internet. Ia memudahkan, cepat dan boleh jaya.
Contohnya, negara barat membeli produk di timur hanya dengan key in dan bayar secara online. Negara kita sudah berkemampuan seperti ini.
Contohnya, negara barat membeli produk di timur hanya dengan key in dan bayar secara online. Negara kita sudah berkemampuan seperti ini.
Oleh Badrul Azha
0 comments:
Post a Comment