Home » , » Perniagaan Dalam Konteks Islam

Perniagaan Dalam Konteks Islam

Written By Unknown on Thursday, December 4, 2014 | 10:05 PM



Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan“
(Hadis Riwayat Tirmizi)

PERNIAGAAN BERLAKU KERANA SUKA SAMA SUKA

Terdapat ayat yang begitu popular yang sering digunakan melibatkan perniagaan.
Hai orang·orang yang beriman, janganlah kamu sating memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu?; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. ( An-Nisa : 29 )

GALAKKAN BERNIAGA DALAM ISLAM


Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia.  Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW.

Rasulullah  SAW  seorang ahli perniagaan yang berjaya. Rasulullah S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti Khuwailid RA ke negeri Syam.

Rasulullah menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: 

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Riwayat Tirmizi).

Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. 

Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. 

Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia. 

Firman Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275) 
Maksudnya: “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM


Sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal,  membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil dalam pelbagai cara dan bentuk seperti mencuri, merompak, menipu,  memperdaya, judi dan seumpamanya.
 
Penipuan dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.

Rasuah seperti dalam usaha mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas.

Memonopoli barangan (ihtikar).

Mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

Menjual buah-buahan yang masih di pokok.

ADAB DAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN ISLAM


Amanah
Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.

Ihsan
Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.

Bekerjasama
Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

Tekun
Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.

Menjauhi perkara yang haram
Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. 

Melindungi penjual dan pembeli
Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. 

FAEDAH BERADAB DALAM PERNIAGAAN


Akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual dan pembeli.
Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah nabi
Mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.
Merapatkan hubungan silaturahim dan dihormati masyarakat
Meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam

CARA MEMPEROLEH KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN


Membayar zakat perniagaan.
Memberikan sumbangan untuk kebaikan agama/ Melakukan sedekah jariah
Jujur/ amanah sepanjang masa berniaga.




0 comments:

Post a Comment

Print

Powered by Blogger.