Bidang pemasaran hari ini bukan lagi seperti dulu, kini pemasar perlu mengambil peranan sebagai seorang artis dan seorang saintis kerana pemasar perlu kreatif dan realistik agar objektif pemasarannya boleh tercapai. Ramai yang berlumba-lumba untuk melatih diri menjadi seorang pemasar bahkan, seorang individu yang mahu menjadi pemasar hari ini terpaksa mengambil banyak peranan dari pengurus sehinggalah kebahagian promoter dan seller.
PEMASAR PERLU MENJADI ARTIS
- PENULIS KANDUNGAN
inbound marketing bermaksud pemasar mencari pelanggan mereka sendiri, dengan cara menulis isi kandungan menceritakan tentang informasi produk menjadi salah 1 strategi pemasaran, jadi pemasar perlu mempunyai kemahiran menulis yang sangat imaginatif dan kreatif agar dapat meletakkan nilai kepada barangan mereka.
- 5 Teknik Merancang Kandungan Pemasaran - ASET VISUAL
Gambar mampu menarik minat pelanggan terhadap barangan, visual yang baik mampu memberikan gambaran yang baik kepada produk sehingga produk itu mempunyai nilai komersil. Simpanan gambar menjadikan salah satu sumber marketing anda.
- Belakangan ini, banyak booth tak kira dimana-mana pun, menyediakan perkhidmatan tangkap gambar dengan photobooth.
-Gambar yang ditangkap di upload ke dalam media sosial dan menambahkan nilai keseronokkan sesuatu jenama.
-Pereka grafik dan pengarah kreatif mungkin yang pemasar perlukan untuk mewujudkan identiti syarikat yang bagus sila baca - SOSIAL MEDIA
Sebut sahaja Facebook, siapa sahaja yang tak ada akaunnya hari ini, ini membuktikan perubahan zaman. Bahan bacaan cenderung kepada penulisan online. Banyak pelanggan kini sudah beralih kepada sumber bacaan online. Maka anda perlulah tahu cara untuk membina hubungan digital dengan client anda mungkin secara email, url atau komen. - EMAIL MARKETING
Email kekal sebagai salah satu cara yang berjaya dalam pemasaran moden, kepandaian dalam menggunakannya dan design yang menarik mampu menarik minat pelanggan anda.
PEMASAR MENJADI SAINTIS
- MENJEJAK PRESTASI
Pemasaran moden hari ini tidak lagi memerlukan modal yang sangat besar, pemasaran moden harus mengenal pasti dan menjejak prestasi pemasaran dan aktiviti pemasan mereka supaya tidak berlaku pengeluaran modal yang terlalu banyak. - OPERASI
Dengan tanggungjawab yang banyak dan modal yang sedikit, pemasar harus pandai dalam menguruskan budget operasi.
- Syarikat moden hari ini sangat takut mengeluarkan budget untuk dilaburkan kepada bahagian pemasaran.
- Jadi pemasar perlu bijak menggunakan sumber yang ada untuk memasarkan produk mereka. - MENGANALISA
Pemasar perlu pakar dalam menganalisa data, mampu melihat trend terbaru, ini sangat penting untuk pemasar mengambil kesemua data dan di masukkan kedalam strategi pemasaran mereka. - PRESTASI KEMPEM
Menggunakan pelbagai peralatan yang mampu meningkatkan sales memahami prestasi kempen sejauh mana keberkesanannya merupakan skill yang diperlukan oleh pemasar moden.
0 comments:
Post a Comment